PENGENALAN
SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah “teknologi maklumat” muncul pada sekitar dekad 1970-an.
Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam
membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga
bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak
penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan
dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama
ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John
Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an,
penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi
IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah
berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang
dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai
fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum,
manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan
transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi
terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan
skal sangat besar (VLSI).
DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah
menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan
yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon
diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai
ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen,
komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat
memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan
ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih
pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang
penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita
supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui
televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini
berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat
dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera
padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah
dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria
yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah
memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan
keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu
dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan
memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna
pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah
sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang
dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui
media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak
ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi
oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut
dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting
dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus
memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah
untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan
fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.
KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk
memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi,
Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di
mana komponen utama teknologi maklumat ialah
komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan
tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI
Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .
No comments:
Post a Comment